Sunday, June 17, 2007

Result IPTA??????????

Keputusan ke IPTA minggu depan

PUTRAJAYA: Keputusan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi pengajian 2007/2008 dijangka diumumkan sebelum pertengahan minggu depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata pelajar baru berkenaan pula mendaftar di IPTA masing-masing pada 1 Julai depan.

"Kementerian tetap berpegang kepada perancangan asal...tunggulah selewat-lewatnya pertengahan minggu depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-32 dan Konvoi Superbikers di Kementerian Pengajian Tinggi di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.Mustapa berkata, kira-kira 40,000 pelajar baru dijangka akan mendaftar bagi sesi pengajian 2007/2008 di IPTA di seluruh negara.

Sementara itu, Mustapa berkata pembunuhan penuntut Malaysia di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mohammad Ishak, 22, yang ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara Rabu lalu, adalah kes terpencil dan tidak menjejaskan pemergian pelajar Malaysia ke Mesir.

Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-32 mampu mengeratkan hubungan antara kakitangan universiti seluruh negara.

"Apabila mereka berkumpul dalam satu acara seumpama ini, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan, meningkatkan persefahaman antara semua pihak. Lebih penting, mereka lebih cergas dan mampu meningkatkan kecemerlangan universiti," katanya.

Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke-32 berlangsung mulai hari ini hingga 23 Jun depan di UNIMAP. Lebih 5,250 atlit akan menyertai 26 acara yang dipertandingkan.

Sementara itu, Dr Kamarudin berkata pihaknya mencadangkan kejohanan itu diperluaskan ke peringkat Asean bagi memantapkan hubungan baik dengan institusi pengajian tinggi (IPT) di kalangan negara anggota.

"Jika ia dilaksanakan, saya pasti hubungan antara universiti lebih baik, sekali gus mengukuhkan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, kepakaran dan mahasiswa," katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata pembunuhan penuntut Malaysia di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mohammad Ishak, 22, yang ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara Rabu lalu, adalah kes terpencil dan tidak menjejaskan pemergian pelajar Malaysia ke Mesir.


Berita Harian



nie apa kes nie??? result upu baru nk kuar next week tp reg nyer 1 julai??? adesss....klo btol la...mmg last minute preparation la alamatnyer nnt nie...

anyway...reg ipta 1 julai tue utk dip or deg huh????
still wondering...

huwaaa....tanak!!!!!!!!!!!!!!

x puas lg daaa dok cni...dok umah...
aku bajet sbln after result ipta kuar baru reg...
at least smptla gak aku nengok trek mila...
n now the latest program mila...
huwaaaa...dhla program mila tu start bersiaran 1 julai...

adesss...sdey tol aku...
ooppss....hehe...tekezuttt???
psl program mila tue xleh citer byk2...
tgu mila sendiri announce mlm kang...
kat konsert live ac di sini...
mila akan wt announcement exclusive...
huaaa...gerenti syioknyer la...

tp psl tu la aku sdey...
klo btol reg ipta 1 julai...
xdpt la tgk...
meraung la aku sengsorg kang...
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........

MOHE.................
tlgla consider sket...
xkan seminggu pas dpt result dh nk kne reg kot...
xkan x pikir org yg dok jauh...
klo org yg dpt ipta dkt2 xpe gak...
leh naik bas...leh naik kete sendiri...
dh tu mcm mana ngan org yg dpt ipta jauh....
jauh...nun d sana...
contoh mcm aku nie la...
dok srwk...
katakan dpt ipta kt peninsular msia sana...
nk kne booking flight lagi...
aisey...xkan x fikir kot...
isk3x...nie yg nk nanes nih...

MOHE.........................
is that the final decision...
reg 1 july huh???????????

HELP ME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


oh ya...
the latest...
pics mila kt penang...
event wit PM...
nnt la aku upload ek...
hehe...
nk edit lu...
kne ltk watermark dlu...
che...
yer2 jer...
pdhl pics sblm nie xde pon watermark...
hihi...
nvrmindla..
abaikanla b4 nie yg xde watermark tu
kira halal la ek..
hihi...

oh yea...
1 more thing...
i've upd8ed my frenster profile...
check it out...
huhu...
frenster profile milafc pun dh upd8...
sori if da layout looks very simple...
still tgh cari layout yg sesuai...
kang ltk layout sesuka ati...byk plak org komen...huhu...

and sorry guyz...
the united 8th batch...
ada masa nnt aku upd8 frenster profile 8th batch k...
sori sesgt...
i'l try utk cari layout yg sesuai k...
skang nie bz sket...
komitmen pd official mila pnye site...
besides nk edit n upd8 profile frenster mila...
haha...for all ma frens yg xtau lg...
my nick kt official mila is me_la
haha...

okla...dh pnt nie...
c ya again l8r...
tata...
slm...

Labels:

Tuesday, June 12, 2007

Mila Duta Barangan Kosmetik???

Propa: Mila wajah baru jenama kosmetik

BARU sebulan lebih si Mila bergelar juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), rezekinya kian mencurah. Sudahlah permintaan untuknya muncul di acara pertunjukan berlimpah ruah, tawaran untuknya menjadi model atau jurucakap kepada produk ternama juga sudah banyak diterima.

CK dapat cerita, Mila kini menjadi idaman dua syarikat kosmetik gergasi antarabangsa. Kedua-duanya kini beriya-iya ingin menyunting Mila sebagai jurucakap terbaru, untuk menyemarakkan lagi promosi dan jualan mereka. Khabarnya, kini pihak pengurusan Mila sedang mempertimbangkan tawaran terbaik untuk si genit berusia 19 tahun itu. Kedua-dua jenama terbabit pula bukan sebarangan, kerana jurucakap dan model mereka sebelum ini ialah nama besar. Di Malaysia mahu pun peringkat antarabangsa, mereka sentiasa menampilkan si jelita punya nama dan kemasyhuran, untuk memperkuatkan pasaran.

Jadi, seandainya Mila menerima tawaran berkenaan, dia dengan sendirinya tergolong dalam kelompok istimewa ini.

Berita Harian

Labels:

MILA IKON AF!!!




SEPANJANG Zubir mengenali secara dekat juara Akademi Fantasia 5 (AF5), Mila sejak akhir-akhir ini, rasanya tidak terlalu cepat atau keterlaluan Zubir melabel Mila sebagai ikon bintang Akademi Fantasia yang sewajarnya dijadikan contoh.


Menerusi perbualannya dan kiriman SMS kepada Zubir, sehingga kini belum ada katakata riak daripada Mila. Dia sentiasa merendah diri dan tak pernah jemu mengucapkan terima kasih kalau kata nasihat dilontarkan kepadanya.


“Terima kasih Abang Zubir, selalu nasihatkan Mila. Mila sedar, Mila masih baru dan terlalu banyak yang harus Mila belajar,” kata Mila.


Zubir pula sering mengingatkan Mila supaya jangan mudah lupa diri dan jangan sesekali sombong apabila berasa sudah berada di puncak.


Daripada pengalaman lalu, kebanyakan bintang AF yang baru keluar dari akademi, mereka cepat melatah, kurang berdisiplin dan penyakit sombong cepat menyelubungi diri mereka. Selepas ditegur pihak media, barulah hendak berubah. Ada sesetengahnya pula tidak makan saman, lepas ditegur, tak lama kemudian, buat balik perangai lama.


Pun begitu, Mila sebaliknya. Sebelum diberi teguran, dia sudah menyemai sikap positif dan disenangi ramai wartawan.


Pernah Zubir katakan dulu, dalam bab menjawab soalan wartawan, Mila memang hebat. Zubir harap, Mila dan bintang AF lain akan terus disenangi ramai.

Labels:

Friday, June 8, 2007

Mila, artis popular serikan pelancaran Bulan Citrarasa

Mila, artis popular serikan pelancaran Bulan Citrarasa

SABTU ini, juara Akademi Fantasia (AF) 5, Mila turut bersama artis popular lain pada acara Majlis Pelancaran Rasmi Bulan Citrarasa Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Acara bermula jam 8.30 malam itu menyajikan hiburan berterusan daripada artis terkenal seperti Aspalela Abdullah, L Ramlee, J Sham, Ruffedge, Kelvin Lau, Sasi The Don, Amylea (AF3) dan Farhan (AF4).

“Ia memberikan pengalaman baru sekali gus memberi ruang kepada Mila untuk menimba sesuatu yang istimewa daripada artis senior menerusi persembahan ini,” kata Mila.

Acara yang bakal menyaksikan lebih 100,000 tetamu, termasuk pelancong asing itu menghimpunkan rangkaian lagu popular berkumandang sepanjang majlis yang dijangka berlangsung selama tiga jam.

Ruffedge mempersembahkan empat lagu popular mereka termasuk Lemas, Da Bomb, Bila Rindu dan Secebis Kepercayaan. Penyanyi veteran, Aspalela Abdullah membuktikan dia masih gagah untuk menawan pentas. Artis yang cukup masyhur dengan lagu tradisional ini memilih lagu seperti Penggodaan, Ibunda Tercinta, Joget Memujuk dan Bunga Hati.

Barangkali impian untuk memiliki album penuh sendiri masih belum menjadi kenyataan kepada Amylea. Tetapi, anak jati Pulau Langkawi, Kedah itu tetap gigih menggilap nama. Di sebalik cabaran dia percaya ada sesuatu yang besar bakal menantinya.

Amylea memilih empat lagu termasuk single pertama yang dinyanyikannya ketika malam final Konsert AF3, Ku Berserah serta lagu terbarunya, Andai Kerna Pasti ciptaan Hazami. Diacarakan Fahrin Ahmad dan Omar Arif, penonton juga bakal disajikan dengan himpunan lagu popular 60-an seperti Suratku Untukmu, Resam Dunia, Ayahku Kahwin Lagi dan Siapa Bilang Aku Tak Sayang daripada J Sham dan L Ramlee.

Bagi merancakkan lagi acara selama tiga hari, pelbagai program menarik disediakan termasuk Pertandingan Karaoke Lagu Allahyarham Puan Sri Saloma dan Sudirman Haji Arshad. Untuk menyertai acara ini, pertanyaan boleh diajukan kepada Inet di talian 019-2484545.

Catatan baru akan dilakar dalam Malaysia Book Of Records menerusi penyertaan Karaoke Pujaan Muzik Nescafe 50 Jam Tanpa Henti. Mereka yang berminat boleh hubungi Hamidah di talian 012-3158923.

Labels: