SEPANJANG Zubir mengenali secara dekat juara Akademi Fantasia 5 (AF5), Mila sejak akhir-akhir ini, rasanya tidak terlalu cepat atau keterlaluan Zubir melabel Mila sebagai ikon bintang Akademi Fantasia yang sewajarnya dijadikan contoh.
Menerusi perbualannya dan kiriman SMS kepada Zubir, sehingga kini belum ada katakata riak daripada Mila. Dia sentiasa merendah diri dan tak pernah jemu mengucapkan terima kasih kalau kata nasihat dilontarkan kepadanya.
“Terima kasih Abang Zubir, selalu nasihatkan Mila. Mila sedar, Mila masih baru dan terlalu banyak yang harus Mila belajar,” kata Mila.
Zubir pula sering mengingatkan Mila supaya jangan mudah lupa diri dan jangan sesekali sombong apabila berasa sudah berada di puncak.
Daripada pengalaman lalu, kebanyakan bintang AF yang baru keluar dari akademi, mereka cepat melatah, kurang berdisiplin dan penyakit sombong cepat menyelubungi diri mereka. Selepas ditegur pihak media, barulah hendak berubah. Ada sesetengahnya pula tidak makan saman, lepas ditegur, tak lama kemudian, buat balik perangai lama.
Pun begitu, Mila sebaliknya. Sebelum diberi teguran, dia sudah menyemai sikap positif dan disenangi ramai wartawan.
Pernah Zubir katakan dulu, dalam bab menjawab soalan wartawan, Mila memang hebat. Zubir harap, Mila dan bintang AF lain akan terus disenangi ramai.
Labels: Berita Harian
2 Comments:
My Most Viewed Blog walaupun pakcik dah 'pencen' kat penglipurlara-af5?.. lariikkk!
btw.. TQ dik coz baca blog pakcik.. sekrg meh sini plak:
http://ajamihashim.blogspot.com
heh...ok....tq bro....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home