Friday, June 8, 2007

Mila, artis popular serikan pelancaran Bulan Citrarasa

Mila, artis popular serikan pelancaran Bulan Citrarasa

SABTU ini, juara Akademi Fantasia (AF) 5, Mila turut bersama artis popular lain pada acara Majlis Pelancaran Rasmi Bulan Citrarasa Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Acara bermula jam 8.30 malam itu menyajikan hiburan berterusan daripada artis terkenal seperti Aspalela Abdullah, L Ramlee, J Sham, Ruffedge, Kelvin Lau, Sasi The Don, Amylea (AF3) dan Farhan (AF4).

“Ia memberikan pengalaman baru sekali gus memberi ruang kepada Mila untuk menimba sesuatu yang istimewa daripada artis senior menerusi persembahan ini,” kata Mila.

Acara yang bakal menyaksikan lebih 100,000 tetamu, termasuk pelancong asing itu menghimpunkan rangkaian lagu popular berkumandang sepanjang majlis yang dijangka berlangsung selama tiga jam.

Ruffedge mempersembahkan empat lagu popular mereka termasuk Lemas, Da Bomb, Bila Rindu dan Secebis Kepercayaan. Penyanyi veteran, Aspalela Abdullah membuktikan dia masih gagah untuk menawan pentas. Artis yang cukup masyhur dengan lagu tradisional ini memilih lagu seperti Penggodaan, Ibunda Tercinta, Joget Memujuk dan Bunga Hati.

Barangkali impian untuk memiliki album penuh sendiri masih belum menjadi kenyataan kepada Amylea. Tetapi, anak jati Pulau Langkawi, Kedah itu tetap gigih menggilap nama. Di sebalik cabaran dia percaya ada sesuatu yang besar bakal menantinya.

Amylea memilih empat lagu termasuk single pertama yang dinyanyikannya ketika malam final Konsert AF3, Ku Berserah serta lagu terbarunya, Andai Kerna Pasti ciptaan Hazami. Diacarakan Fahrin Ahmad dan Omar Arif, penonton juga bakal disajikan dengan himpunan lagu popular 60-an seperti Suratku Untukmu, Resam Dunia, Ayahku Kahwin Lagi dan Siapa Bilang Aku Tak Sayang daripada J Sham dan L Ramlee.

Bagi merancakkan lagi acara selama tiga hari, pelbagai program menarik disediakan termasuk Pertandingan Karaoke Lagu Allahyarham Puan Sri Saloma dan Sudirman Haji Arshad. Untuk menyertai acara ini, pertanyaan boleh diajukan kepada Inet di talian 019-2484545.

Catatan baru akan dilakar dalam Malaysia Book Of Records menerusi penyertaan Karaoke Pujaan Muzik Nescafe 50 Jam Tanpa Henti. Mereka yang berminat boleh hubungi Hamidah di talian 012-3158923.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home