Tuesday, June 12, 2007

Mila Duta Barangan Kosmetik???

Propa: Mila wajah baru jenama kosmetik

BARU sebulan lebih si Mila bergelar juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), rezekinya kian mencurah. Sudahlah permintaan untuknya muncul di acara pertunjukan berlimpah ruah, tawaran untuknya menjadi model atau jurucakap kepada produk ternama juga sudah banyak diterima.

CK dapat cerita, Mila kini menjadi idaman dua syarikat kosmetik gergasi antarabangsa. Kedua-duanya kini beriya-iya ingin menyunting Mila sebagai jurucakap terbaru, untuk menyemarakkan lagi promosi dan jualan mereka. Khabarnya, kini pihak pengurusan Mila sedang mempertimbangkan tawaran terbaik untuk si genit berusia 19 tahun itu. Kedua-dua jenama terbabit pula bukan sebarangan, kerana jurucakap dan model mereka sebelum ini ialah nama besar. Di Malaysia mahu pun peringkat antarabangsa, mereka sentiasa menampilkan si jelita punya nama dan kemasyhuran, untuk memperkuatkan pasaran.

Jadi, seandainya Mila menerima tawaran berkenaan, dia dengan sendirinya tergolong dalam kelompok istimewa ini.

Berita Harian

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home